Amboi bawa kereta mewah tapi biadap



LELAKI bertindak biadap apabila bukan saja memandu melawan arus, malah memaksa pemandu kereta lain mengundur kenderaan bagi memberi laluan kepadanya dalam kejadian di PJU5/10, Petaling Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian 10.57 malam itu, lelaki berusia 36 tahun yang memandu Mercedes Benz melawan arus di laluan berkenaan sebelum memaksa pemandu kereta Perodua Bezza mengundurkan kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan dibuat pemandu kereta Perodua Bezza berkenaan yang berusia 26 tahun berhubung kejadian itu di Balai Polis Kota Damansara, di sini.

"Berdasarkan laporan lelaki itu, dia memaklumkan kereta Mercedes Benz dipandu seorang lelaki bertindak memandu melawan arus di laluan terbabit.

"Malah, pemandu terbabit juga dikatakan melanggar 'bumper' bahagian hadapan kereta Perodua Bezza dipandu mangsa dengan sengaja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1982.

Video kejadian terbabit berdurasi dua minit tiga saat itu turut tular di media sosial hari ini.

Dalam video berkenaan menunjukkan kereta Mercedes Benz memandu melawan arus sebelum kenderaan itu dilihat memaksa kereta Perodua Bezza di hadapannya untuk mengundurkan kenderaan.

Kereta Mercedes Benz itu dilihat tidak mahu mengalah dan terus memandu kenderaannya secara melawan arus.

Source: © New Straits Times Press (M) Bhd

Sign In or Register to comment.

Howdy, Stranger!

It looks like you're new here. If you want to get involved, click one of these buttons!

Hosted by Pingidip Digital
© 2004-2018 Bidayuh.info