Bakal isteri masuk Islam

AAveHK1.img?h=410&w=728&m=6&q=60&o=f&l=f&x=714&y=179
© Provided by Media Prima Fadlan teman bakal isteri dalami agama Islam. FOTO Instagram Fadlan

PELAKON Fadlan Hazim, 26, mendedahkan teman wanitanya yang berbangsa Cina, Julie Anne Kang bakal bergelar mualaf dalam masa terdekat.

Fadlan bagaimanapun belum dapat berkongsi tarikh rasmi terbabit tetapi kekasihnya yang juga seorang pereka kasut itu giat menimba ilmu berkaitan agama Islam.

"Insya-Allah dia bakal bergelar mualaf tidak lama lagi. Buat masa sekarang dia seronok mendalami agama Islam. Saya pun sebenarnya tidak mahu dia bertukar agama disebabkan hanya kerana kami mahu berkahwin. Biarlah, hatinya terbuka untuk menerimanya seikhlas hati.

“Sekarang pun, saya turut menemaninya untuk mengikuti kelas bagi mempelajari lebih banyak mengenai Islam. Saya juga sedar bahawa diri ini banyak kelemahan. Namun mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu,” katanya.

Menurut Fadlan, dia yang mengenali wanita terbabit sejak zaman persekolahan mengakui beruntung kerana hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

"Dalam keluarga kami pun memang ada yang berkahwin campur. Jadi, perkara itu tidak menjadi masalah. Cumanya, mungkin ada individu yang cuba mempertikaikan hubungan kerana kami perbezaan bangsa. Pada saya perkara itu tidak perlu timbul kerana kita semua adalah bangsa Malaysia.

“Mereka yang pertikaikan bangsa ini pada saya bukanlah seorang rakyat Malaysia yang sejati. Lagipun kita hidup berbilang kaum di sini,” katanya yang merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun depan.

Source: © New Straits Times Press (M) Bhd

Sign In or Register to comment.

Howdy, Stranger!

It looks like you're new here. If you want to get involved, click one of these buttons!

Hosted by Pingidip Digital
© 2004-2018 Bidayuh.info