Didakwa simpan gambar, video lucah

AAvhe3l.img?h=409&w=728&m=6&q=60&o=f&l=f&x=429&y=254
© Provided by Media Prima PEKERJA kilang, K K Ravi 33, didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit di sebuah hotel bajet di Taman Jubliee pada September 2016 di Mahkamah Majistret…

LELAKI didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbit di hotel bajet di Taman Jubliee, di sini pada September 2016.

K K Ravi, 33, yang bekerja di kilang di Tasek, Ipoh, didakwa memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit jenis Oppo Joy Plus warna biru miliknya ketika berada di Hotel Bajet Ipoh di No 12, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang masih bujang itu membuat pengakuan bersalah dan faham akibat pengakuan dibuat sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras, manakala tertuduh diwakili Chiang Mei Wan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat terhadap K Ravi kerana kesalahan yang dibuat mencerminkan keperibadian tertuduh yang menjijikkan.

Tertuduh merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana hanya bekerja kilang dan perlu menjaga ibunya yang berusia 59 tahun serta bapa berusia 62 tahun.

Siti Hafiza kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,000 terhadap tertuduh selain 12 bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Source: © New Straits Times Press (M) Bhd

:D law jenis apa ni? @suBzero and @topezz

Sign In or Register to comment.

Howdy, Stranger!

It looks like you're new here. If you want to get involved, click one of these buttons!

Hosted by Pingidip Digital
© 2004-2018 Bidayuh.info