540kg dadah hilang, polis dakwa dimakan tikus

Seorang pegawai polis memberi alasan lebih 540kg dadah yang hilang dari pengawasannya dimakan oleh tikus-tikus yang ketagihan bahan tersebut.

Kejadian itu berlaku di Pilar, Buenos Aires, Argentina, apabila Pesuruhjaya Emilio Portero melantik Javier Specia sebagai ketua jabatan polis dan ditugaskan menjaga inventori bahan larangan dadah selepas pegawai terdahulu dipindah ke unit lain.

Ketika siasatan rasmi inventori oleh Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri, pihak polis mendapati kira-kira 540kg dadah daripada keseluruhan 6,000kg dalam pengawasan Specia hilang.

Kertas siasatan dibuka ke atas Specia dan 3 petugas di bawahnya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kehilangan dadah jenis ganja itu.

Apa yang menarik perhatian semua ialah alasan yang diberikan Specia, kononnya ia dimakan tikus yang ketagih dadah.

Bagaimanapun tiada bukti atau pengesahan yang menunjukkan tikus bertanggungjawab di atas kehilangan dadah sebanyak itu.

“Kalau tikus yang makan, bagi kuantiti sebanyak itu untuk tempoh 2 tahun ia disimpan, tikus berkenaan pasti sudah mati. Kami tidak menemui apa-apa bangkai haiwan,”petik kata penyiasat dalam satu kenyataan.

Namun, Specia enggan mengalah tetapi meminta hakim meneruskan kes dan ia masih dipertimbang.

Belum ada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mereka, walaupun sudah diarah ke mahkamah persekutuan bulan depan.

Sign In or Register to comment.

Howdy, Stranger!

It looks like you're new here. If you want to get involved, click one of these buttons!

Hosted by Pingidip Digital
© 2004-2018 Bidayuh.info