Dr Mahathir juga termasuk dalam ’60 tahun BN’, kata Khairy

Khairy berkata, PH menggunakan BN sebagai alasan untuk menutup kegagalan mereka sendiri.

KELANG: Pakatan Harapan menggunakan alasan “mereka perlu membetulkan kelemahan BN selama 60 tahun” bagi menutup kegagalan mereka memenuhi janji manifesto pilihan raya yang dibuat, kata bekas menteri Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, PH kerap menggunakan alasan itu, misalnya apabila ia gagal menyelesaikan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti digariskan dalam manifestonya.

Telah tiba masanya kerajaan baru berhenti bersembunyi di sebalik frasa “membetulkan kelemahan BN selama 60 tahun”, malah sebaliknya mengambil tanggungjawab mentadbir negara ini. Banyak orang kini mula meminta kerajaan berhenti mencari salah dan memberi tumpuan kepada kerja mereka, katanya.

“PH berkata sukar baginya mahu membetulkan perbuatan BN, tetapi mereka tidak harus lupa bahawa 22 tahun daripada pemerintahan BN itu adalah di bawah Dr Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya ketika berkempen sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, 4 Ogos depan.

Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan presiden Umno dari 1981 hingga 2003, meninggalkan parti itu 2 tahun lepas untuk menubuhkan PPBM dan kemudiannya memimpin PH memenangi pilihan raya umum ke-14 dan dilantik sebagai perdana menteri Mei lepas.

PH mendakwa ia mewarisi sebuah kerajaan yang bankrap, tetapi Malaysia merupakan antara negara yang dipuji oleh agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia,” kata Khairy, “dan kesemua itu dicapai di bawah pemerintahan BN.”

Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, adalah menteri beliau dan sukan di bawah kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, adalah munasabah sekiranya kerajaan PH mahu mengkritik skandal 1MDB yang berlaku dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ini, tetapi “janganlah bercakap seolah-olah BN dan Umno tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan sepanjang 60 tahun lalu,” katanya.

Source: https://www.msn.com/en-my/news/national/dr-mahathir-juga-termasuk-dalam-’60-tahun-bn’-kata-khairy/ar-BBLciO7?li=BBr8Mk9

Sign In or Register to comment.

Howdy, Stranger!

It looks like you're new here. If you want to get involved, click one of these buttons!

Hosted by Pingidip Digital
© 2004-2018 Bidayuh.info